setahun sebulan

setahun sebulan

1st birthday

1st birthday

11 bulan

11 bulan

10 bulan

10 bulan

9 bulan

9 bulan

8 bulan

8 bulan

7 bulan

7 bulan

6 bulan

6 bulan

5 bulan

5 bulan

4 bulan

4 bulan

3 bulan

3 bulan

2 bulan

2 bulan

3 hari

3 hari

Wednesday, November 26, 2014

Tuesday, November 25, 2014

resepi - spaghetti bolognese



bismillah

Baru nak rajin berbelog. Tetibe malas lagi. Pastu rajin balik. Bebel lagi. Straight to the point nah nak share yang sedap pada aku la. Suka masam manis pedas sikit hole la terai. Modal pon tak banyak. Kenyang dan kegemukan serta kelemakan senang membiak.

jom tengok resepi.


bahan bahan:-


sepeket staghetti
2 biji bawang holland (dadu)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 batang lobak (dadu)
1 biji tomato (dadu)
5 batang sosej (dadu)
400g daging cincang
1 tin sos spageti jenama kimball - sedap lebih masam
5 sudu sos cili
5 sudu sos tomato
sedikit minyak
sedikit garam dan gula

cara-cara:-

  • spageti



- rebus air dan masukkan spageti. letakkan garam sikit dengan minyak untuk elak melekat


  • sos dia


- panaskan minyak
- masukkan bawang holland dengan bawang putih - sampai naik bau
- masukkan daging cincang dengan sosej - agak agak daging comel
- masukkan lobak dengan tomato - dah cun kan sebab dah layu
- oke baru masukkan sos spageti, sos cili dengan sos tomato
- dah cantik tarokkan gula dan garam secukup cantik rasa dia
- pastu siap


hias!


nah versi malas. curah je.





semalam Irfan dah 11 bulan. sebulan je lagi. nah belanja budak tidur satu.




p/s: aku nak pesan ni. hargai orang yang sayang kau!

p/s/s: pesan lagi. HARGAILAH!




Wednesday, November 19, 2014

ibu peminat setia awak










siapa tahan tengok muka melting camnih.

tak jadik kerja macam ni.



#2 Hospital Pantai




ibu sangat emosi time menaip ni. istighfar banyak banyak.

taknak dah bawak irfan pergi kerajaan hospital. kalau boleh taknak bawak pergi klinik kesihatan pon. kenapa?

irfan demam dah tiga hari. aku mintak mama hantarkan pergi klinik kesihatan. tapi apa yang dapat? dia suruh balik ambil buku biru irfan. sebab mama salah bawak buku. mama bawak buku merah aku. kalau tak boleh daftar guna ic irfan kenapa tak daftar pakai ic aku. siri nombor pon boleh. aku pon pernah kerja kat kecemasan. dia suruh mama balik. bawak baby macam tu je?

aku call KK. dia cakap dia suruh mama tunggu. tengok tengok mama dah tak ada. apa mama tak faham ke kalau dia cakap suruh tunggu. aku letak call. tanya kakak kat sini macam mana nak buat aduan. call poliklinik bp. lah yang angkat call bos kecemasa aku dulu. hj ghazali. alhamdulillah saat aku perlu ada yang membantu. dia ambil butiran semua. mintak alamat sebab nak suruh staff nurse dia datang rumah. datang cek n temp dah rendah sikit. alhamdulillah. tapi kena jugak pergi KK. bila pergi doktor yang mintak maaf segala. tak apa. cuma nak dia rawat irfan. so bila temp dah 38 lebih dia nak ambil darah tapi tak ambil pulak. bagi ubat antibiotik. Amoxicilin. kalau ada alahan terus pergi hospital dia kata.

baru bagi sekali badan irfan tumbuh merah merah. aku ajak iman pergi hospital bp je. tapi apa yang dapat. aku cakap alergi amix dia kata irfan suspek denggi. ya Allah. terus admit. aku mintak tukar hospital pantai pon payah. kalau tahu terus je pergi hospital pantai. dah lepas zuhur baru check in hospital pantai. hari cuti kalau tak silap. so doktor soon je yang ada. dia cakap tak ada apa apa la. negatif denggi. nak tunggu result kat kerajaan dia kata esok baru dapat. tak apa la. bukan nak compare tapi kita yang lalui ni sakit hati.

tak ada apa lagi. irfan dah boleh discaj esok nya. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

kali kedua masuk. tak ada masalah. bil? rm1.80 je yang kena bayar. yang lagi rm2k tu insurance irfan bayar.



budak kuat

semoga tiada lagi bau ubat oke.

doa ibu sentiasa ada untuk irfan.




Monday, November 17, 2014

suami curang? alasan semata?



Bismillah. 



Harini jadik viral kisah pengakuan suami curang kat pesbuk. Ramainya kekawan perempuan aku la yang repost, share, komen. Kebanyakannya memang negatif la. Pada aku sendiri confirm aku sokong si isteri. Tapi bukanlah 100%.



Macam ni. Secara tak emosi aku katakan lelaki jenis ni bangang. Kalau secara emosi mungkin akan aku sebut pesen lelaki binatang haram tu. Kalau isteri rambut busuk sebab pakai tudung tu ajak la pergi salun. Reti tak pakai bahasa kedua? Hai nak ngurat dulu reti pulak bermadah. Ke lebih berhelah je? Takkan sebab rambut bau sampai cari perempuan lain? Siap bersama lagi. Hmm. Kalau isteri gemuk lepas melahirkan, jangan cakap je suruh isteri diet bagai. Belikan la herbalife ke shaklee ke acai beri ke.



suami ni cuma nak isteri time cun je ke? Belajar la terima seadanya. Kalau kurang sempurna suami la sempurnakan. Takkan isteri boleh tahan bau ketiak suami balik kerja yang mungkin bau lebih kurang durian busuk tu tapi suami tak boleh tahan bau isteri berkemas.



hai suami. Mungkin kerja 8-5 tapi isteri yang kerja tu dah la kerja 8-5 pastu plus malam dengan anak dengan nak masak. Suami cuma tahu keperluan suami je ke? Lagi kesian yang kes ni. Bertahun orang kata ditipu hidup hidup. Kalau kawen oke la jugak. Mintak dijauhkan terjadi kat diri sendiri. Mungkin kawan kawan terdekat keluarga rapat. Zaman sekarang baik punya baik tapi makan dalam. Hadoi sakit.






P/s: perasan sempurna untuk cari yang lebih atau sangat sempurna. Bila isteri sempurna tak reti pulak nak jaga. Yang harom jugak kau nak. Tak paham la cenggini. -..-



P/s/s: dunia akhir zaman?




Nah tepek gambar berpakaian perantin satu.






This moment is our life

'Asbeng ajin edit bagi kat isteri. Namo noti noti hoke.'
Lebiu!




Sunday, November 16, 2014

full covered




Bismillah.




Aku tengok tengok balik dia kata belog dr tahun 2010. Deleted dah semua. Kadang ada benda yang kita kena abadikan untuk ingat sepanjang masa. Kalau dulu mungkin tulisan masih seperti kanak kanak. Sekarang dah mak mak . Malu baca penulisan dulu. Mungkin lebih matang. Lebih sihat. Dan lebih gagah berbanding dulu. Kalau dulu stay up saja untuk last minute assignments.  Sekarang aku lebih stay up untuk susu. Untuk jaga temperature.  Untuk bermain. Seronok hoi.



Sebenarnya alkisah pagi tadi macam banyak sangat idea . Tapi hilang macam tu je. Aku pon tak pasti kenapa. Mungkin wayar dah banyak putus time bersalin dulu. Oh ye aku follow up dengan pantai hospital untuk mintak bil. Pending dah dekat seminggu.  Dia kata dah call aku tapi tak dapat.  Agak agak kalau aku ni pesen tepon 25/8 cane lah tak dapat call kan. Tak apa. Everything gonna be alright lepas aku bagi bil irfan and aku agak terkejut bil yang almost rm2000++ kena bayar rm1.80 je. Alhamdulillah full cover insurance ni bagus gak. Kalau tau aku dah buatkan untuk irfan dari dalam perut lagi. Tapi dia dah dua bulan baru aku buat. Tak apa. Sekarang pon dah dapat faedahnya dan baru aku tahu pentingnya insurance.  Ibu sendiri belom beli untuk diri sendiri. --.



Kenapa aku sebok sebok busy busy kan diri macam macam sekarang. Hati aku kurang sedap rasa masakannya. Hadoi tenanglah hati. Sebab aku dah jadik ibu harus lah nampak kuat lagi gagah sebab anak kan tengok je apa kita buat. Sekarang pon dia gigih main jeling jeling jegil jegil mata. Hoi siapalah yang ajar ni wahai anak.



Irfan tahulah ibu sentiasa kuat untuk awak. Takkan satu pon kekurangan yang awak nampak nanti. Semoga sentiasa sempurna walaupun sederhana. Biarlah bersusah sekarang ye sayang. Ibu sayang awak dunia akhirat.



P/s: ibu kalah nescafe dari dulu lagi. Mabok. Muntah. Bukan mengandung.



P/s/s: asal orang makan asam je mengandung ke? Mentality masyarakat. Ubah la sikit perkataan biar orang tak terasa hati oke?



Nah belanja budak demok dulu dulu.





Suka hati aku lah nak tempek gambar besar mana kan -..-

Saturday, November 15, 2014

si buta




Bismillah. 



Esok kerja macam biasa. Aku. Masih seperti biasa. Bila nak jadik luar biasa aku sendiri kurang pasti. Being nice tapi tah la. Hati tak berapa suci mungkin.



Cadangnya nak buat solat taubat campur witir bak kata DFK, tapi belom jugak buat. Maafkan orang lain sebelum tidur masih boleh dipraktikkan. Cuma aku tak pasti la ikhlas ke idok dari hati. Bak kata aku tadi, hati belum suci gamaknya.



istighfar banyak banyak.



semoga ingat mati.



p/s: sayang tu tak nampak. Cinta tu buta.



P/s/s: semoga sempat. Selalu istiqamah ye.





Belanja half of mine satu




Seorang ibu
Seorang isteri
Seorang anak perempuan
Seorang kakak
Seseorang



Friday, November 14, 2014

one day




It was my day

Status changed

Imanwany love story

22 march 2013





Thursday, November 13, 2014

satu sama







Bismillah




Bila mood menaip datang sempat je nak meluah. Hak tuihh. Sangat la tu. Apa saja nak diluah. Macam kanak kanak rasanya. Bukan apa bila sedih pastu layankan berangan tah apa apa sangatla mengundang tangisan dalam ketawa. Aku sedih ke. Bila taip apa apa larilah gamaknya sedih tu. Harap menjadilah remedi ini.



actually aku sendiri tak tau apa rasa. Irfan tidor dah. Hujan sepoi sepoi bahasa. Huh. Kita sama rasa?



P/s: lelapkan mata sambil peluk erat kekasih kecil tu.



P/s/s: dah tua tua pon masih perlu ucapan cinta tau. Ehem. Rindu kekasih. Jangan lupa solat oke?




Nah belanja picture satu. Haha. Picture sangat.








Forgive and forget?


Hati menangis