Bismillah.
Aku tengok tengok balik dia kata belog dr tahun 2010. Deleted dah semua. Kadang ada benda yang kita kena abadikan untuk ingat sepanjang masa. Kalau dulu mungkin tulisan masih seperti kanak kanak. Sekarang dah mak mak . Malu baca penulisan dulu. Mungkin lebih matang. Lebih sihat. Dan lebih gagah berbanding dulu. Kalau dulu stay up saja untuk last minute assignments. Sekarang aku lebih stay up untuk susu. Untuk jaga temperature. Untuk bermain. Seronok hoi.
Sebenarnya alkisah pagi tadi macam banyak sangat idea . Tapi hilang macam tu je. Aku pon tak pasti kenapa. Mungkin wayar dah banyak putus time bersalin dulu. Oh ye aku follow up dengan pantai hospital untuk mintak bil. Pending dah dekat seminggu. Dia kata dah call aku tapi tak dapat. Agak agak kalau aku ni pesen tepon 25/8 cane lah tak dapat call kan. Tak apa. Everything gonna be alright lepas aku bagi bil irfan and aku agak terkejut bil yang almost rm2000++ kena bayar rm1.80 je. Alhamdulillah full cover insurance ni bagus gak. Kalau tau aku dah buatkan untuk irfan dari dalam perut lagi. Tapi dia dah dua bulan baru aku buat. Tak apa. Sekarang pon dah dapat faedahnya dan baru aku tahu pentingnya insurance. Ibu sendiri belom beli untuk diri sendiri. --.
Kenapa aku sebok sebok busy busy kan diri macam macam sekarang. Hati aku kurang sedap rasa masakannya. Hadoi tenanglah hati. Sebab aku dah jadik ibu harus lah nampak kuat lagi gagah sebab anak kan tengok je apa kita buat. Sekarang pon dia gigih main jeling jeling jegil jegil mata. Hoi siapalah yang ajar ni wahai anak.
Irfan tahulah ibu sentiasa kuat untuk awak. Takkan satu pon kekurangan yang awak nampak nanti. Semoga sentiasa sempurna walaupun sederhana. Biarlah bersusah sekarang ye sayang. Ibu sayang awak dunia akhirat.
P/s: ibu kalah nescafe dari dulu lagi. Mabok. Muntah. Bukan mengandung.
P/s/s: asal orang makan asam je mengandung ke? Mentality masyarakat. Ubah la sikit perkataan biar orang tak terasa hati oke?
Nah belanja budak demok dulu dulu.
Suka hati aku lah nak tempek gambar besar mana kan -..-

No comments:
Post a Comment