kan.
lama sangat tak menaip.
aku rindu.
menyesal tengok gambar lama.
gambar kurus. :p
gambar kawan kawan.
gambar zaman belajar.
bukam aku tak terima keadaan sekarang.
cuma ini lah masa aku.
penat.
lelah.
semoga ada masa.
balik dengan rutin.
i miss my old me.
someone?
anybody?
me.
just me.
Wednesday, April 19, 2017
Wednesday, March 16, 2016
ada apa dengan cinta
#rewrite
buat apa mengharap pada yang tak sudi
Menagih simpati
Cukuplah sampai disini
kasih yang konon suci
sebenarnya dikhianati
what happen next?
Wait and see gais.
Saturday, March 12, 2016
Monday, September 14, 2015
sensitif alahai
sejak sejak jadi mak buyung ni segala nak sensitip! mengada kah? dulu time irfan sikit punya gagah. menangis pon sebab first puasa je rasanya. tu pon sebab lagi 30 minit nak berbuka tapi sayang sangat nak buka. nangis sebab papa suh buka. haha. tapi alhamdulillah tahan gak masa tu.
tadi pagi mami tempat opis aku bawak roti sandwich telor rebus tarok mayo. ko tau sedap gila. tengah hari aku beleh belek la kat google imahe. cecantik ko. terus call iman cakap nak beli telur. kat uma tinggal sebijik. haha. tu pon meleleh air mata. yang orang tu pon terkejut gak nye. mintak telor pon nangis ke. haha.
alahai ibu baby irfan and adik dalam perut ni.
gilo tak menarik. sumber dari sini.
Saturday, July 4, 2015
Thursday, June 25, 2015
Monday, June 15, 2015
awkward things
Wahh kabar gumbira dari pantai timur. Kakak ipar pregnant. Yey . Damia nak jadik kakak dah lepas ni. Wahh. Makin besar family kecik aku. Damia pon nak masuk 9 bulan dah. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Dia tahu la kan kemampuan kakak dan abang yang gila tu. Haha.
So the awkward thing is urmm actually annoying thing, urmm ada dah yang suruh aku pregnant lagi memandangkan Irfan dah masuk setahun setengah. Tapi memandangkan aku masih fobia dan aku agak selesa dengan keadaan sekarang, buat apa nak kecoh kecoh ye dok.
Plus aku pelik dengan other 'human' ni. Kalau dia tahu ada orang rapat rapat dia pregnant, anak kecik lagi belum setahun dah ada rezeki lagi laju dia cakap 'bagus la. Anak rapat nanti besar senang jaga'. Wahh manis. Siap cakap 'tak apa ada rezeki masing masing'. Tapi. Kalau dengan aku ayat kemahin. Irfan lasak. Susah nanti ko nak jaga. Belom paham la apa. Aku? Macam biasa . Senyum tahik kambing. Aku nak komen pepanjang ke nak balas bebukan tak berani. Nanti terpalit buruk kat nama mama papa . Orang kata aku tak reti jaga adab berkata dengan orang tua ye dakk. Tak apa. Kadang kadang aku lebih rela tengok kebodohan orang dari nak tunjuk kepandaian aku. Akakaka.
tak apa aku tak amek hati pon . TAPI. Kalau sekali aku sakit jangan harap krmaafan yang mudah. Tumbuk tendanglah aku tapi jangan kau jentik anak aku. Kau buruk kan anak aku? Selagi boleh sabar. Takkan aku bagitahu buruk anak kau. Kenapa? Sebab aku harapkan Allah juga tutup aib aku.
Sebab tu aku masih selesa bertiga macam ni. Human pon tak sakit hati dengan aku. lagipun kan aku masih bodoh nak jaga anak macam mana. Agagaga.
just human. Aku simpan apa kau cakap pasal aku. Percayalah satu hari nanti kau pon akan sentap dengan aku. Boleh rasa sakit hati lalu mulut longkang aku ni. Ehh dah macam lepas perasaan lak. Tak ahh. Nak kabor nak dapat anak buah lagi. Alhamdulillah Allah bagi. Nak tambah rezeki. Bukan macam human. Opp. Human. Aku tak benci kau pon. Tapi perangai kau. Ke sebab banyak sangat makan garam? Bawak bawak la pergi cek darah tinggi. Takut kena stroke pulak. Opss. Lebih nyah.
dahh. Irfan demam arini. Cepat sihat sayabg. Ibu will be right u always. Tah betul tah tak ayat BI tunggang langgang.
Fast rrecovery sayang. Ibu love u.
Tuesday, June 9, 2015
maki
Aku cuma berharap aku boleh menangis macam dulu . Ni bukan aku yang asyik paksa diri kuat . Sial . Aku rasa nak benci diri sendiri . Bangsat . Pedulik nak maki nak marah keluar semua perkataan bangang . Dah habis cara nak sabar . Tapi bila irfan datang peluk aku . Nak aku tidur kan dia dalam dakapan lemah terus rasa kuat gagah tu . Keluar juga air mata ni . Untuk dia . Demi dia . Maafkan perangai ibu sayang .
akhirnya . Aku cuma nak lepaskan rasa sakit yang ada kat dalam tanpa keluar air mata .
Semoga takda siapa ikut perangai babi aku .
akhirnya . Aku cuma nak lepaskan rasa sakit yang ada kat dalam tanpa keluar air mata .
Semoga takda siapa ikut perangai babi aku .
Tuesday, June 2, 2015
Rindunyaa
Bahana tidor lambat . Kan dah bangun pon lambat . Orang dah siap siap pergi work dia masih tidoooo .
It's oke sayang . Ibu tunggu je . Budak nak kena cucuk akhir bulan ni . Wahh . Dah setahun enam bulan la nanti . Wahhh .
Cepatnya menunjang . Besar bila lagi . Hihi . Takpa sayang yang penting sihat . Ibu love u baby .
Wednesday, May 20, 2015
alarm
Nyaris je. Aku dah sedar pukul 5 sebab irfan merengek. Tak selesa kot. aku tepuk tepuk untuk tidurkan dia balik. entah aku pon terlelap balik. Tuptup aku nak terkencing lak . Eh dah pukul berapa ni. 5.15. Laju bangun sahur. Gila la alarm tak bunyi aku kata .
Lepas sahur aku cek balik. memang dah set semalam. pastu aku terpikir. Alarm tak bunyi tu ko yang set sendiri. Ni Allah dah tolong kejut guna irfan. ko bangun lepastu tidur balik. Kejut lagi masa timbul rasa nak kencing. Syukur tak lepas waktu lagi. Setakat makan makanan semalam. Puasa sorang. Apadahal.
Selamat hari khamis pertama bulan syaaban .
Terima kasih Allah tolong kejut . :)
Saturday, May 16, 2015
motivator please!
sumpah arini sakit hati. menangih hati gua. jangan la anak baca nanti. ibu dia mencarut bila marah. sakit hati. haha. tak apa biar aku je yang tahu.
time flies. it been 2 years and 2 month. alhamdulillah. bermacam susah senang kita dah lalui bersama. and i just hope he will be the end. love him so much.
muhammad iqbal. love ya.
oke hilang stress. haha.
baby irfan pon try hard untuk pandai berlari sekarang. takkan ibu nak give up kan?
rambut
Alkisah . Rambut yang irfan ada tu dari dia 9 hari cukur . Sampai la ni segitu gak banyak rambut dia .
arini aku tolong mama jaga kedai . Tengah kemas kemas dalam kedai aku bukak tudung nak ikat balik la sebab rasa ikatan rambut tak sedap . Pahtu aku tercakap 'bila la dapat buat ribonding' . Tetiba mama nyampok . Dak lurus camtu nak rebound apa lagi . Ikal bawah oke la tu . Pastu aku cakap 'eh dulu kenteng camne boleh lurus gini ma . Mama jawab senang je . Dah dulu ko taknak Allah tak bagi lagi la . Erkk sentap jap .
Dulu ak tak banyak rambut . Sama macam irfan tu la . Siap cikgu panggil botak lagi . Lom pakai tudung lagi masa ni . Pastu tah camne masa darjah 2 boleh ada banyak rambut pulak . Siap package rambut megi lagi . Haha . Cakap mama taknak yang kerinting ni . Nak potong . Mama bawak la potong . Tah bila nya aku sedar rambut dah takda kerinting . Luruih ja . Ikal cantik kat bawah . Haha . Allah dah amik balik yang kerinting . Huhu .
Terima kasih Allah .
Tak nak merungut lagi dah lepas ni .
Thursday, May 14, 2015
HORMON TAK STABIL
berkali kali tukar tajuk. sebab semua ikot emosi. bermaki maki akai ada ka. haha. sumpah marah. ye aku cuma sambilan je kat hospital ni. tak payah nak hina sangat la even awak tu ppk kat sini. ye awak ppk. awak tetap kat sini. ye saya tahu. saya tahu. kata kata dia macam aku tak sekolah. macam aku tak tahu buat kerja. hmm. akibat amarah yang tak tertanggung aku cerita kat bos. aku cerita kat kawan. aku cerita kat owner tempat aku tolong cover. semua cakap dia memang macam tu. haromm. sabo je la.
malas la nak panjang panjang. nanti nampak lagi negatif nya aku ni. gambar sejuk mata satu.
oke oke. bagi peluang kat akak tu.
be nice ibu irfan.
Sunday, May 10, 2015
Selamat Hari Ibu Syazwani Fasihah
tahun lepas anak dalam perut.
tahun ni.
dengan bangganya.
SELAMAT HARI IBU UNTUK DIRI SENDIRI.
yeyhhhh..
Saturday, May 9, 2015
Felda Bukit Batu wedding's
Palinf cantik tu ibu
Paling kaya tu ayah
Paling emsem paling comel paling umppph tu anak ibu
Apa pandang pandang
Tuesday, April 28, 2015
Monday, April 27, 2015
Wednesday, April 22, 2015
iman work sampai perak
memalam iman dah gerak. malam tadi pukul 11 camtu. aku pon dah tidur. aku rasa orang tium pipi je. cakap dah nak pergi kerja dah. aku oke jela sebab masa makan pon dia dah cakap kat aku.
pagi punya cite la. tadi pagi sebelom sampai ofis ni. irfan bangun kol 5.30pagi nak susu. aku bangun la macam biasa kan. lepas tu dia sambung tidur. aku bangun gosok baju. malas masak sarapan sebab iman takda kan. so aku mandi bersenang lenang. tengok jam dah 6.30pagi. ah sudah.
irfan tak bangun lagi. rupanya aku tak tutup air. tak tutup lampu bilik air. eh biasa oke je? ke selalu iman yang buat kan. huhu. takda orang basuh kan botol irfan. takda orang lipat selimut. huaaa.
irfan bangun. aku keluar. eh kipas tak tutup. hadoh. masuk balik. kena tutup pintu sendiri. tutup grill sendiri. tutup gate sendiri. alahai takda iman pagi ni.
balik la lekas. tak sanggup. rupanya banyak dia bantu aku. huhu. tapi bab tutup lampu tu memang aku fail. selama ni dia yang tolong tutup rupanya. tapi diam je.
pagi kat ofis gigih menaip. sayang awak. rindu awak. cepat balik.
Sunday, April 19, 2015
gemuk itu salah sendiri ~ pinjam trade mark ude
ni baru baru lepas bersalin
baru lepas lepas hari
ni masa kenduri cik miji
bulan 12
ni pon iman da cakap da chubby
hukhuk
ni yang baru baru pergi melaka tu
nampak yang tu
huhu
latest
ibu sangat kan
-.-
pesanan buat lemak: ni last kome kome nak duduk dalam badan aku beramai ramai. lepas ni bersikit sikit je oke. kang takde sejuk pule. hihi. isnayAllah aku boleh.
Subscribe to:
Posts (Atom)
























